Search This Blog

Saturday, March 19, 2011

Currently Japan still under shock of 9.0 magnitude of earth quake and 4~6 meter of tsunami. This dissaster make Iwate, Sendai, Fukushima like bombed by atom bomb. Even we still waiting what the latest news of Fukushima Daiichi Nuclear plant that still in unstable condition. Pls pray for Japan.
First trip to Japan in 2010 for 2nd round of Super GT Japan bring together 2 engineer from Mosler & JUDD.
We have Patrick, Ayie, Man, Papang, Fadil nad Suzuki (as per shown in picture) that try to figure out what kind of lunch I already ordered for them...he.he..sorry guys, I think Japanese 'Ebi Chilli' will suit all taste. (actually their all reluctant to try japanese food)

Tuesday, March 1, 2011

2010, year of Super GT Japan





2010 already 2 month pass away but it make me happy with 1001 memories of Super GT Japan. Thank to Thunder Asia Racing Team principle Mr. Melvin Choo and Team Director Mr Raja Norzaini. Without you both, my dream to involve high rev racing will only day dream.

ON sept 2009, I get offer from Raja Norzaini (We call him Raja) to join them in Thunder Asia first full season entry in Super GT Japan.Jan 2010, I starting to struggle to memorized all race sport regulation, Series participation regulation & Promotion regulation but we manage to participated from 2nd round of 2010 series at Okayama.

Super GT Japan interesting because of the it's beautiful of car & race queens that make we excited to more walk around the circuit.

Even initially I difficult to cope up with the work load & also some problem with others team crew but when you work hard to completed each task given by Raja, gradually everything goes well.


Ok, that all for time being. Time to time, I will write my first year experience in race industry especially in Malaysia after 10 year involving in manufacturing & consultation industry.
See you for next post...have a nice day!

Monday, February 28, 2011

Proton NEO at Japanese magazine?



Proton NEO in collaboration with CUSCO Japan become Japan magazine cover story...thank to proton & cusco relation in Rally S2000 that become the winner of Rally of China last year.

Friday, February 27, 2009

Rahsia tarikh lahir

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 +0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
(Jadi nombor lahirnya ialah 1)




1. Ketulenan

Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach


2. Pendamai

Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.



3. Ceria

Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka
suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan idealistik.

- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster



4. Konsevatif

Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.

- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan



5. Perintis

Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.



6. Romantik

Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi
guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.

- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Intelektual

Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana



8. Penyelesaian

Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai
perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.

- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.



9. Pelakon

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. - Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley, purnama17

Wednesday, February 25, 2009

10 amalan mulia utk poket anda!

10 amalan utama yang menyebabkan pembaziran petrol berlaku.

Dengan harga pasaran petrol yang tidak menentu pada masakini, sudah pastilah kita sentiasa mahu memastikan yang kita mengamalkan aktiviti penggunaan petrol yang optimum. Tetapi ramai daripada kita yang tidak menyedari ada di antara amalan-amalan seharian yang dilakukan sebenarnya menyumbang kepada pembaziran petrol. Berikut adalah 10 amalan utama yang menyebabkan pembaziran petrol berlaku.


Ramai di antara kita yang beranggapan bahawa memasang penghawa dingin semasa memandu hanya akan meningkatkan penggunaan petrol. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa pembaziran minyak lebih banyak terjadi apabila terdapatnya rintangan aerodinamik, lebih-lebih lagi jika tingkap kereta diturunkan. Jadi semasa memandu menyusuri lebuhraya, pasangkan sahaja penghawa dingin dan tutupkan tingkap kenderaan anda rapat-rapat ya.


Membiarkan enjin kenderaan anda terpasang tanpa bergerak hanya akan mengakibatkan pembakaran gas yang sia-sia. Dengan penggunaan enjin moden dengan suntikan bahan api, ianya hanya memerlukan jumlah petrol yang sangat sedikit untuk menghidupkan enjin kereta yang sudahpun dip ana skan. Usah bimbang untuk menghangatkan enjin kereta anda sebelum mula memandu. Anda boleh mula memandu dengan serta-merta sebaik sahaja menghidupkan enjin kereta, tapi pastikan ianya dilakukan dengan perlahan-lahan sehinggalah enjin anda mulai p ana s.


Menghantar kenderaan anda untuk diservis bukan sahaja menukarkan benda-benda seperti minyak dan juga penapis udara, tapi ianya juga berguna untuk mengenalpasti bahagian-bahagian dalaman kenderaan yang mungkin sudah tidak berfungsi. Kerosakan ini mungkin akan mengakibatkan pembaziran minyak, atau lebih teruk lagi jika terjadinya permasalahan lain pula.



Aha, ini merupakan kaedah yang paling popular untuk membazirkan petrol. Tayar yang kempis bukan sahaja membakar petrol secara berlebihan, tetapi juga merosakkan tayar kenderaan anda dengan lebih cepat. Lebih teruk lagi ianya juga berpotensi untuk mengakibatkan kemalangan!


Lampu isyarat sudah bertukar hijau, dan anda sudah terlambat. Tetapi, tidak perlu terburu-buru menekan pedal minyak sekuat yang boleh. Ini hanya akan mengakibatkan lebih banyak petrol dipam ke enjin kenderaan anda. Anda tidak perlukan semua tek ana n tersebut untuk memecut, pandulah dengan kadar yang normal ya.


Ada yang beranggapan apabila mereka memandu secara perlahan, mereka akan mendapat jarak perjal ana n yang lebih. Walaubagaim ana pun, keadaan ini sebenarnya hanyalah akan merosakkan enjin dan membuatkannya menjadi kurang cekap (dan membazir petrol juga). Kuncinya di sini, seimbangkan antara dua keadaan ekstrim ini, dan pandulah dengan kadar yang sederh ana .


Begitu juga dengan keadaan ini, apabila anda sudah nampak lampu isyarat bertukar merah, perlahan-lahan berhentikan kenderaan anda. Jangan terburu-buru berhenti hanya di saat-saat akhir. Amalan ini juga sebenarnya dapat mengelakkan pad brek anda daripada cepat rosak.


Mengekori kenderaan hadapan dengan jarak yang terlalu dekat amatlah merbahaya. Amalan ini hanya akan menjadikan anda terlalu fokus pada kenderaan di hadapan dan tidak kepada keseluruhan kenderaan lain yang terdapat di jalanraya. Ia juga akan menyebabkan anda menjadi kurang peka jika berlaku apa-apa jua keadaan kecemasan. Selain itu, petrol juga dibazirkan, ini adalah ker ana apabila kenderaan di hadapan anda membrek, anda juga harus memperlahankan kenderaaan anda.


Ramai daripada kita suka meletakkan barang-barang yang tidak perlu di dalam bonet mereka tanpa diketahui alasannya. Ini sebenarnya hanya menambahkan berat kenderaan dan akhirnya menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Mahu menambah jarak perjal ana n kenderaan anda? Mudah, keluarkan apa jua barangan yang tidak perlu daripada kenderaan anda!


Ramai di antara kita lebih suka memilih untuk menggunakan tayar yang berprestasi tinggi. Ini berikutan kuasa cengkaman dan aspek keselamatan yang ditawarkan melebihi daripada tayar biasa. Walabagaim ana pun, tayar sebegini sebenarnya memerlukan lebih banyak kuasa untuk berjalan di atas jalanraya, lebih tinggi prestasi sesebuah tayar, maka ebih banyak tenaga yang dibakar

Monday, October 6, 2008

tip penjimatan minyak

Harga petrol yang sentiasa meningkat sejak 10 tahun lalu dan sehingga ke tahun 2008 ini mendorong pengguna kenderaan bermotor terutama kereta akan berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar pada tahap paling rendah. Langkah ini sangat perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol kereta anda bukan semata-mata kerana harganya yang melambung tinggi ketika ini tetapi penggunaan petrol yang lebih daripada yang sepatutnya menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Penjimatan Petrol
• Memandu dengan tenang. Sikap dan cara pemanduan kerana banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, janganlah tiba-tiba saja menukar gear daripada gear tinggi (misalnya gear 5) kepada gear rendah dan membrek sesuka hati.
• Kurangkan berat/bebanan kereta. Anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa. Jadi, jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus).
• Tayar diisi dengan tekanan angin yang betul. Tekanan angin mesti betul. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak bertambah 5 peratus. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Jangan biarkan tayar lembik dan kurang tekanan kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan petrol.
• Lakukan penyelenggaraan dan servis berkala. Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
• Kurangkan kelajuan tinggi. Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
• Matikan saja enjin kereta jika menunggu sesuatu. Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Menunggu suami, isteri atau kawan yang singgah di kedai runcit untuk membeli hatta satu barang kadang-kadang boleh jadi lama. Ini kerana mungkin ada ramai orang di kedai atau tuan kedai mencari-cari duit tukar untuk memulangkan duit pelanggannya. Jadi, buka tingkap kereta dan tutup saja enjin untuk menjimatkan minyak petrol kereta anda.

• Bijak dalam penggunaan gear. Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.
• Membrek secara beransur-ansur. Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, misalnya di tol atau stesen minyak di tepi lebuhraya, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Jangan brek mengejut.
• Rancang perjalanan. Jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk kita ikut menuju ke destinasi. Ini termasuklah rancangan perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan pilihan jalan yang tidak banyak lampu traffic, banyak bonggol (menyebabkan anda perlu kerap menukar gear yang akhirnya tidak membantu usaha penjimatan petrol kereta anda)
• Elakkan kesesakan lalulintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan. Jalan yang sesak juga menyebabkan anda mendapat kurang kilometer. Untuk penjimatan minyak, cari jalan yang kurang sesak. Jangan mengambil jalan singkat ke sesuatu destinasi jika jalan lebih jauh satu atau dua kilometer dipastikan lebih lancar.
• Panaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan. Enjin dalam keadaan panas (panas yang normal) juga boleh membantu meningkatkan perbatuan (lebih kilometer) dan prestasi kereta anda. Terutamanya pada waktu pagi, jika boleh, biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan.
• Minimumkan perjalanan jarak dekat. Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini mampu meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Sebagai langkah penjimatan petrol, eloklah naik motosikal atau mungkin berbasikal (jika di kampung) untuk ke surau atau kedai berhampiran.
• Gunakan saiz tayar dan sport rim yang sesuai. Saiz port rim perlu disesuaikan dengan keupayaan kereta. Kalau wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 Inci, kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayatnya dan yang paling penting, minyak petrol akan lebih sedikit. Jika saiz rim dan keupayaan tidak seimbang, ini tidak membantu langkah penjimatan petrol anda.
Barang Yang Perlu Dibawa.
• Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar 5 peratus.
• Harus diingatkan, jangan sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang membawa barang berlebihan atas bumbung kereta. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

Kesimpulannya
Jika anda mendapati penggunaan petrol kereta anda sebulan sangat tinggi, periksalah puncanya terlebih dahulu.dan mula berjimat pandulah dengan cermat agar dapat menjimatkan minyak.ingatlah orang tersayang dan pandulah dengan selamat anda mampu mengubahnya.

Wednesday, September 24, 2008

TIPS PENJAGAAN KERETA



Tip penjagaan kereta pada kali ini ialah...bagaimana hendak membuatkan keseluruhan kereta anda seolah-olah kalis air dengan cara mudah...(maksud saya bukan kalis banjir...tapi kalis air hujan je).
Biasanya, kenderaan yang kalis air (air tak lekat pada body)ialah kenderaan yang baru sahaja dihantar poslish kat kedai. Tapi buat sakit hati je kalau lepas polish dua tiga hari...kesan kalis air sudah mula kurang dan akhirnya kenderaan menjadi comot. Kos untuk polish pula bukannya murah...malah berpuluh-puluh ringgit.

Di sini saya nak berkongsi tip tentang cara mudah untuk menghasilkan body kereta yang kalis air.
Rahsia saya ialah.....bilas dengan PELEMBUT PAKAIAN. Cara-caranya ialah:

1. Cuci kereta anda sebersih-bersihnya.
2. Bilas dengan air biasa dahulu.
3. Sediakan separuh baldi air dan semua boleh.
5. Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaiaan.
4. Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam pemyembur pada seluruh body kereta anda. (getah/cermin air yang melekat pada body kereta). Air yang melekat akan serta-merta menjadi bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun.(kenapa?..tak percaya ka?)
6. Jangan tunggu kering baru lap....tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering.
Dengan cara ini...anda seolah olah telah mempolish kereta anda. Anda boleh ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa (kalau kereta tak kotor sangat). Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi. Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesen basuh anda.

Semua PELEMBUT PAKAIAN adalah sesuai..tak kiralah apa brand pun.
Selamat mencuba.